Tip Jimat

Salam Sejahtera. 

Dalam entri kali ini saya mahu beri sedikit tips jimat duit yang berguna buat kita semua. Dalam ekomomi masa kini yang tidak menentu dan semakin mencabar ini, mungkin kita akan sering mengalami masalah kewangan dan kesempitan hidup. Makanya, jadi kita mesti berjimat cermat dan bijak menyimpan duit. Saya akan bongkarkan beberapa tips jimat duit yang bergunakan buat kita semua, semoga perkongsian saya ini diterima baik oleh semuanya. 


Mesti Rekod dan Simpan Perbelanjaan

Perkara ini paling penting sekali jika ingin berjimat cermat. Setelah berbelanja, resit oembelian jangan dibuang, simpankan dalam satu bekas, atau rekodkan dalam buku, supaya kita tahu apa yang kita belanjakan. Senang nanti kita hendak kira balik. Setiap perbelajaan kecil itu la yang selalu menyebabkan kita selalu koyak. Cuba perhatikan semula, adakah kita seperti tu. Kita tidak perasan kita membeli perkara yang tidak penting seperti beli air mineral, kopi, gula-gula, dan sebagainya. Jika kita hitung semuanya, rasanya tidak perlu membeli semuanya. Sekali sekala boleh la, tapi jika selalu, koyak juga. 

Walaupun perkara ini tampak remeh, tapi kita mesti ambik tindakan sebelum terlambat. Jika boleh berjimat, berjimat la. Zaman sekarang ini sudah semakin maju, makin banyak aplikasi di dalam telefon pintar kita yang boleh bantu untuk menjimatkan dan menguruskan hal ini dengan lebih efisien.


Belajar Bezakan Keperluan Dan Kemahuan

Perkara ini paling penting dalam kehidupan. Kita mesti belajar cara untuk membezakan antara kepeluan dan kemahuan. Beli apa yang perlu sahaja, bukannya ikut kemahuan. Jika ikut kemahuan, maka berlakunya boros. 

Sebelum membeli keperluan, tengok harga produk tersebut, buat perbandingan, jangan main ambil sahaja. Boleh juga beli produk semasa jualan murah, itu akan menjimatkan wang kita.

Belanja apa yang perlu sahaja. Barang yang mahal tidak semestinya bagus, dan barang bagus tidak semestinya mahal, kita kena pandai dan bijak dalam berbelanja. Beli apa yang dirasakan perlu untuk digunakan seharian. Barang yang tidak diperlukan, tidak perlu beli. Kita boleh jimat. 

Kurangkan Makan Di Luar 

Jika hendak berjimat cermat, kurangkan makan di luar, lebih baik makan dirumah. Masak sendiri lagi jimat dan dijamin. 

Boleh beli barang dapur untuk dimasak. Daripada makan di kedai. Sekali makan boleh mencecah berpuluh-puluh ringgit, malah beratus. Dengan itu kita boleh berjimat. Duit itu kita boleh beli barang dapur untuk sebulan. 

Elakkan Berhutang 

Jika mahu berjimat, kalau boleh elakkan berhutang. Jika perkara itu tidak penting, jangan berhutang. Jika boleh bayar tunai, beli tunai. Elakkan menanggung hutang. Itu akan membebankan kita. Contoh macam hendak beli telefon pintar, gadget dan sebagainya, jika boleh beli tunai, bayar tunai, elakkan berhutang. 

Buat Semua Sendiri

Joka kita boleh buat semua perkara sendiri, buat sendiri, contoh macam kita boleh basuh baju sendiri, kita basuh swndiri, tidak perlu pergi ke dobi untuk membasuh baju, dan ini akan menjimatkan wang kita. Cuba fikir sekali kita pergi ke dobi, banyak juga yang perlu kita bayar untuk menggunakan servis mereka. Dengan itu kita boleh gunakan wang tadi untuk keperluan lain yang lebih penting. 

Selain itu, jika kita penggemar kopi, buat sendiri di rumah, lebih jimat dari membeli di kafe, yang harganya sememangnya tinggi. Dengan cara ini kita boleh menjimatkan duit perbelanjaan harian kita. 

Cari Cara Tambah Pendapatan Tambahan

Disamping itu juga, kita boleh cari cara untuk tambahkan pendapatan tambahan. Masa kini, pelbagai cara yang boleh kita lakukan untuk menambah pendapatan tambahan. Kita boleh jadi agen atau dropship untuk produk orang lain. Sudah ramai yang berjaya denfan jual produk otang lain. Kita kena bijak ambil peluang yang ada.
Sambar sahaja peluang yang ada depan mata, asalkan ianya halal dan tidak salah disisi undang-undang sudah la. 

Selain itu juga, kita jual boleh melabur lebihan duit yang kita ada di tempat yang patut dan boleh dipercayai. Ini juga akan menambahkan pendapatan kita. Kita juga boleh melabur do Amanah Saham Bumiputera, ASNB, Tabung Haji, dan sebagainya. 



Boleh Kaji Kewangan Diri Sendiri

Kita juga boleh kaji semula perbelanjaan bulanan kita. Selidik swdikit, dimana kebocoran yang berlaku. Mana tahu boleh ditampal semula. 

Kaji beberapa kos seperti kos sara hidup, perbelanjaan makan sebulan dan sebagainya. Semua itu penting. 


Boleh Ukur Baju Di Badan Sendiri 

Hidup seadanya sahaja. Beli sahaja pakaian yang biasa-biasa sahaja. Tidak perlu pentingkan jenama. Janji boleh pakai, selesa, cukup la, bak kata pepatah 'ukur baju di badan sendiri'. 

Tidak perlu ikutkan sangat arus perdana masa kini jika ingin berjimat. Pakai sahaja apa yang ada. Tidak perlu ikut orang lain. Jadi diri sendiri sahaja. Simpan sahaja duit yang ada untuk keperluan yang lebih penting. 


Rasanya itu sahaja untuk entri kali ini, jika ada masa lagi, saya kongsikan lagi tips jimat untuk anda semua. 

Tapi saya ada tips yang lebih bagus abad ini. 
Anda boleh beli sahaja 'Ebook Tips Jimat' ini semestinya berbaloi! Tidak rugi! Dijamin berkesan. Boleh Klik Link Di bawah untuk membuat pembelian. 'Feedback' yang diterima juga semuanya baik dan bagus. 

Klik Link Di Bawah Untuk Membuat Pembelian Ebook Tips Jimat Ini!


https://klikjer.com/pay/123-tips-jimat-duit/

https://klikjer.com/pay/123-tips-jimat-duit/

https://klikjer.com/pay/123-tips-jimat-duit/


































Comments